Bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan 2025, PPD Kerian telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan Pintu Hadapan Sekolah Peringkat Daerah Kerian, dan telah mewajibkan kepada semua sekolah di Daerah Kerian untuk menyertai pertandingan ini, sebagai tanda sokongan dan penghayatan terhadap semangat kemerdekaan negara. (Surat bertarikh 26 Ogos 2025).
Bagi menyahut cabaran itu, Jawatankuasa PIBG SK Sungai Baharu sekali lagi telah mengorak langkah proaktif mengadakan gotong-royong menceriakan pintu hadapan sekolah di bawah kelolaan Pn. Norakmar PK Ko-Kurikulum SK Sungai Baharu bermula 29 Ogos 2025 sehinggalah ke tarikh penjurian oleh Penolong PPD; En. Mohd Khairul Amin Bin Khairani (Pen. PPD Menengah Dan Tingkatan Enam) pada 11hb September 2025.
Sejuta penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh j/k PIBG SUBARU yang sentiasa memberikan sokongan tenaga, wang ringgit dan kommitmen penuh terhadap apa jua program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.






No comments:
Post a Comment