Friday, March 27, 2026

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN HARI RAYA BERSAMA ANAK YATIM & MISKIN 2026/1447H

Bulan Ramadan adalah bulan mulia yang sangat dinantikan oleh semua umat Islam. Bagi memastikan keberkatan dan kemeriahan bulan Ramadan al-Mubarak tahun ini,  Sekolah Kebangsaan Sungai Baharu dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) SK Sungai Baharu telah mengadakan “Majlis Berbuka Puasa Dan Sumbangan Hari Raya Bersama Anak Yatim & Miskin  SK Sungai Baharu”.

Semoga pelaksanaan program ini dapat mendidik murid, guru dan warga sekolah dalam aspek mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan Allah SWT, selain mengeratkan lagi ukhuwah Islamiah antara pihak sekolah, PIBG dan komuniti setempat.

Pihak sekolah amat menghargai setiap sumbangan yang telah diberikan untuk menyantuni anak-anak yatim dan miskin sekolah ini, dan semoga dengan infak yang diberikan akan menjadikan bulan Ramadan & Syawal tahun ini lebih bermakna kepada mereka.


Menyantuni anak-anak yatim dan miskin SUBARU


KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Saban tahun Kejohanan Merentas Desa adalah sebahagian daripada program ko-kurikulum yang wajib diadakan di sekolah ini. Matlamatnya adalah untuk memenuhi takwim sukan sekolah sebagai acara tahunan, melahirkan murid yang mempunyai kecergasan fizikal dan mental, selain mencungkil bakat murid yang berkelayakan untuk mewakili sekolah di peringkat daerah.

Seperti biasa, PIBG turut menjadi organisasi penting dalam menyumbang khidmat tenaga dan dana untuk menjayakan aktiviti ini. Pihak sekolah amat menghargai segala sumbangan yang telah dicurahkan demi menjayakan setiap aktiviti ko-kurikulum mahupun kurikulum di sekolah ini.




MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 6

Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu aktiviti tradisi yang dilaksanakan di SK Sungai Baharu sebagai simbolik penghargaan dan penamat pembelajaran al-Quran murid-murid tahun 6 di sekolah ini.

Majlis ini bertujuan  meraikan pencapaian mereka dalam mempelajari, memahami dan mengamalkan kandungan kalamullah sepanjang pengajian mereka di SK Sungai Baharu.

Selain sebagai tanda kesyukuran, majlis ini juga menjadi platform untuk memupuk kecintaan terhadap al-Quran, menyemai nilai-nilai murni dan menggalakkan murid untuk terus istiqamah dalam mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

PIBG memainkan peranan penting dalam penganjuran majlis ini. Panitia Pendidikan Islam dan warga sekolah amatlah menghargai setiap sumbangan tenaga, wang ringgit, tajaan hiasan pentas, goodies, cenderahati dan sebagainya yang telah disumbangkan oleh ibu bapa dan PIBG SUBARU. Semoga niat dan usaha ikhlas yang telah dicurahkan mendapat ganjaran dan pahala yang besar di sisi Allah SWT.




 

Thursday, March 26, 2026

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH

Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Sekolah telah diadakan pada 24 & 25 Oktober 2025 melibatkan semua murid Pengakap dan TKRS tahap 2 SK Sungai Baharu, semua guru dan warga sekolah serta jawatankuasa PIBG. Pelbagai pengisian serta aktiviti yang menarik telah diadakan sepanjang perkhemahan ini. Antaranya ialah aktiviti mendirikan khemah, pertolongan cemas, ikatan, masakan rimba, permainan dalam kumpulan dan larian komando. Semua aktiviti telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan memenuhi objektif yang disasarkan.


Gotong-royong memasak untuk juadah makan tengahari dan makan malam sepanjang perkhemahan

Antara penglibatan PIBG dalam setiap aktiviti perkhemahan


SENAMROBIK FUN WALK BAN PECAH SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2025

Tanggal 11 Oktober 2025 (Sabtu) jam 7.45-10.00 pagi, unit Ko-Kurikulum bersama j/k PIBG SUBARU telah mengadakan 1 program Senamrobik Fun Walk Ban Pecah dengan penglibatan semua warga sekolah dan murid-murid tahap 2. Aktiviti yang diadakan ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara yang diadakan pada setiap tahun.


PERTANDINGAN KECERIAAN PINTU HADAPAN SEKOLAH SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH KERIAN TAHUN 2025







Bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan 2025, PPD Kerian telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan Pintu Hadapan Sekolah Peringkat Daerah Kerian, dan telah mewajibkan kepada semua sekolah di Daerah Kerian untuk menyertai pertandingan ini, sebagai tanda sokongan  dan penghayatan terhadap semangat kemerdekaan negara. (Surat bertarikh 26 Ogos 2025).

Bagi menyahut cabaran itu, Jawatankuasa PIBG SK Sungai Baharu sekali lagi telah mengorak langkah proaktif mengadakan gotong-royong menceriakan pintu hadapan sekolah di bawah kelolaan Pn. Norakmar PK Ko-Kurikulum SK Sungai Baharu bermula 29 Ogos 2025 sehinggalah ke tarikh penjurian oleh Penolong PPD; En. Mohd Khairul Amin Bin Khairani (Pen. PPD Menengah Dan Tingkatan Enam) pada 11hb September 2025.

Sejuta penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh j/k PIBG SUBARU yang sentiasa memberikan sokongan tenaga, wang ringgit dan kommitmen penuh terhadap apa jua program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.

PROGRAM JALINAN MERDEKA SUBARU & SETAPI



Program Jaringan Merdeka bersama SK Tanjung Piandang telah diadakan pada 14 Ogos 2025 bertempat di SK Sungai Baharu. Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan seperti Pertandingan Mewarna Merdeka (Murid Tahap 1), Kayuhan Merdeka (Murid Tahap 2) dan beberapa acara pertandingan Sukan Rakyat melibatkan barisan PIBG SUBARU & SETAPI seperti Pertandingan Kasut Nyoq, Lari Dalam Guni dan Tarik Tali. Terima kasih kepada seluruh barisan jawatankuasa PIBG SK Sungai Baharu yang sentiasa memberikan komitmen penuh sebelum dan sepanjang perjalanan program, bahkan turut berbesar hati menyumbang 3 buah hamper untuk hadiah pertandingan.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-46/2026 ( 11 APRIL 2026 )

  Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan di sekolah sebagai medium perhubungan dan kerjasama antara piha...