Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) merupakan sebuah organisasi yang
ditubuhkan di sekolah sebagai medium perhubungan dan kerjasama antara pihak
sekolah dan ibu bapa/ penjaga murid. Penubuhan PIBG adalah selaras dengan hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menggalakkan penglibatan komuniti dalam
usaha memperkukuhkan sistem pendidikan negara.
Demi merealisasikan tuntukan pendidikan yang semakin kompleks, penglibatan
ibu bapa dan guru secara langsung dalam program pendidikan perlu digembeling
secara terancang dan efisyen, Justeru itu, Mesyuarat Agung PIBG telah menjadi
platform penting, yang wajib dilaksanakan saban tahun, selaras dengan
Perlembagaan PIBG sekolah. Mesyuarat ini telah menjadi medium utama
perbincangan antara pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu bapa untuk
membincangkan hal-hal berkaitan kebajikan, kemajuan akademik dan sahsiah murid
serta pembangunan sekolah secara menyeluruh demi merealisasikan kecemerlangan pendidikan seperti yang
dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Semoga pelaksanaan MAT ini dapat mencapai kesepakatan dari para ibu bapa, guru-guru, warga SUBARU sekaligus membuahkan hasil yang diharapkan.


































