Thursday, September 19, 2024

SUKAN TAHUNAN SK SUNGAI BAHARU KALI KE-30

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-30 SK Sungai Baharu telah dilangsungkan dengan jayanya pada Sabtu; 13 Julai 2024 dengan meriah sekali.

Buat julung kalinya, kejohanan kali ini melibatkan PIBG secara langsung, dalam Pertandingan Khemah Tercantik, Perbarisan Rumah Sukan, sumbangan cabutan bertuah, dan tidak ketinggalan juga AJK yang turut menyumbang suara sebagai gandingan duo juru acara majlis.






Program Sambutan Awal Muharram 1446H

Saban tahun, Panitia Pendidikan Islam SUBARU menganjurkan Program Sambutan Awal Muharram sebagai salah satu daripada agenda dakwah berkaitan dengan hari kebesaran Islam.

Alhamdulillah pada tahun ini, barisan AJK PIBG dikalangan ibu bapa telah terlibat secara langsung dalam menjayakan aktiviti memasak bubur Asyura sempena dengan program Sambutan Awal Muharram yang telahpun dilaksanakan dengan jayanya. Tidak dilupakan juga, jamuan potluck turut disediakan oleh ibu-ibu yang hebat ini untuk santapan tengahari semua. 
Terima kasih daun keladi😘

Kemeriahan suasana memasak Bubur Asyura

Sempat menikmati jamuan potluck oleh ibu-ibu dan AJK PIBG

AJK waris dan ibu-ibu yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti memasak Bubur Asyura



Tuesday, September 17, 2024

Penglibatan Rakan Strategik

Hubungan sekolah dan Rakan Strategik adalah penting dalam menyokong pendidikan digital ke arah menghasilkan murid yang fasih digital dan guru yang kompetan digital.

Justeru itu, PIBG sekolah sangat mengalukan kehadiran Rakan Strategik ke sekolah, bagi menjayakan matlamat di atas.

Sumbangan Smart TV daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) untuk Bilik ‘Ulul Azmi

Teater Kids Sulam “Pembangunan Karektor Generasi Madani” oleh Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris - 28 hingga 30 Jun 2024



Monday, September 16, 2024

Pertandingan Gerbang Merdeka

Alhamdulillah... 

Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan PIBG sesi 2024/2025 yang telah menunjukkan kepimpinan yang cemerlang dan hala tuju yang gemilang... ke arah menaikkan nama Sekolah Kebangsaan Sungai Baharu tercinta.

Syabas dan tahniah atas inisiatif menyertai Pertandingan Gerbang Merdeka 2024 Peringkat Negeri Perak, dan Pertandingan Keceriaan Pintu Hadapan Sekolah Peringkat Daerah.

Tulang belakang projek; YDP PIBG Pn. Rafidah bersama-sama AJK Waris dan ibu-ibu :-D




Barangan kraftangan melayu…..koleksi Cikgu Aida. Jemputlah ke Galeri Sejarah SK Sungai Baharu.






Penubuhan PIBG

Matlamat Penubuhan PIBG

Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah kerajaan dengan tujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru, yang diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah.

Barisan kepimpinan PIBG Sesi 2024/2025 . Tahniah diucapkan.
Barisan AJK yang lama dan masih kekal sebagai AJK sesi baharu 2024/2025

Ucapan Guru Besar ; Pn. Che Nazlita binti Jaafar

 Terima kasih kepada Cikgu Bayah & Cikgu Ainal yang tekun mencatat minit mesyuarat





Ibu bapa dan guru perlu saling melengkapi dalam menyediakan prasarana dan suasana yang kondusif untuk kemudahan murid di sekolah, membantu dalam menjaga kebajikan murid, merapatkan hubungan antara komuniti sekolah dan masyarakat setempat, dan berusaha menambah dana kewangan PIBG untuk menambahbaik kemudahan sekolah seiring dengan keperluan semasa.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-46/2026 ( 11 APRIL 2026 )

  Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan di sekolah sebagai medium perhubungan dan kerjasama antara piha...