Matlamat Penubuhan PIBG
Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah kerajaan dengan tujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru, yang diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah.
 |
| Barisan kepimpinan PIBG Sesi 2024/2025 . Tahniah diucapkan. |
 |
| Barisan AJK yang lama dan masih kekal sebagai AJK sesi baharu 2024/2025 |
 |
| Ucapan Guru Besar ; Pn. Che Nazlita binti Jaafar |
 |
| Terima kasih kepada Cikgu Bayah & Cikgu Ainal yang tekun mencatat minit mesyuarat |
Ibu bapa dan guru perlu saling melengkapi dalam menyediakan prasarana dan suasana yang kondusif untuk kemudahan murid di sekolah, membantu dalam menjaga kebajikan murid, merapatkan hubungan antara komuniti sekolah dan masyarakat setempat, dan berusaha menambah dana kewangan PIBG untuk menambahbaik kemudahan sekolah seiring dengan keperluan semasa.