Tuesday, July 22, 2025

GOTONG-ROYONG MADANI 2025

Bermula tahun 2023, kerajaan MADANI telah mula menyalurkan peruntukan bagi program gotong-royong di sekolah KPM. Kesinambungan dari inisiatif tersebut, kerajaan MADANI telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk program gotong-royong pada tahun ini. SK Sungai Baharu juga tidak ketinggalan menerima inisiatif peruntukan sebanyak RM1900 bagi tujuan di atas.

Tujuan gotong-royong ini diadakan ialah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidik dan mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat, komuniti, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membangunkan kemenjadian murid.

Justeru itu, diperingkat sekolah, program ini telah berjaya dilaksanakan pada hari Rabu; 16 Julai 2025 jam 2.30 petang bertempat di Pusat Sumber  Tun Seri Lanang SK Sungai Baharu dengan penglibatan jawatankuasa PIBG bersama warga sekolah.



Jamuan ringan setelah selesai aktiviti gotong-royong


Suasana gotong-royong di Pusat Sumber Tun Seri Lanang


Barisan jawatankuasa PIBG bersama ibu bapa yang turut serta dalam GORO Madani 

Friday, July 4, 2025

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL BERSAMA BARISAN JAWATANKUASA PIBG


PIBG SUBARU telah dikejutkan dengan berita pemergian Yang di-Pertua PIBG  iaitu Allahyarhamah Rafidah Binti Mohd Khalid yang telah kembali ke rahmatullah pada Ahad; 29 Jun 2025.

Barisan PIBG dan seluruh warga SK Sungai Baharu berdukacita dengan kehilangan YDP yang sangat komited dan berdedikasi.

Sebagai memperingati jasa dan pengorbanan beliau, satu majlis bacaan Yasin dan Tahlil bersama Jawatankuasa PIBG telah diadakan pada Jumaat 4 Julai 2025 bertempat di Dewan Seri Bayu SK Sungai Baharu. 

Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama para solehin. Amin yra🤲

Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Bersama Jawatankuasa PIBG



MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-46/2026 ( 11 APRIL 2026 )

  Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan di sekolah sebagai medium perhubungan dan kerjasama antara piha...