Seperti biasa, menjadi rutin setiap tahun PAI SUBARU menganjurkan majlis berbuka puasa yang juga sebahagian daripada agenda di bawah program Ihya’ Ramadan. Dengan kerjasama pihak JAKIM selaku penaja iftar dan penyumbang kepada murid fakir miskin, majlis ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 27 Mac yang lalu, bertempat di Masjid As-Syafiq Sungai Baharu.
PIBG sekolah juga tidak ketinggalan dan turut sama memeriahkan majlis yang diadakan. Semoga aktiviti sebegini dapat memberikan pendedahan kepada seluruh warga sekolah tentang kemuliaan Ramadan selain mengeratkan silaturrahmi antara warga sekolah, agensi luar, komuniti setempat, di samping melahirkan murid yang mantap dalam aspek rohani, mental dan spiritual.



