Friday, March 21, 2025

MAJLIS IFTAR DAN SUMBANGAN AIDIL FITRI SEMPENA IHYA’ RAMADAN 1446H/ 2025M

Penyampaian Sumbangan daripada JAKIM

Tazkirah Ramadan, Ucapan Peg. Penyelaras Takmir Dan Tahlil



 Sesungguhnya bulan Ramadan merupakan bulan yang senantiasa dinantikan oleh umat Islam kerana bulan ini dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan Ilahi. Kita menerima kehadiran Ramadan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut setiap ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amal soleh. Sesungguhnya ibadah puasa yang difardukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu dihayati dan dilaksanakan dengan penuh penghayatan.

Seperti biasa, menjadi rutin setiap tahun PAI SUBARU menganjurkan majlis berbuka puasa yang juga sebahagian daripada agenda di bawah program Ihya’ Ramadan. Dengan kerjasama pihak JAKIM selaku penaja iftar dan penyumbang kepada murid fakir miskin, majlis ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 27 Mac yang lalu, bertempat di Masjid As-Syafiq Sungai Baharu.

PIBG sekolah juga tidak ketinggalan dan turut sama memeriahkan majlis yang diadakan. Semoga aktiviti sebegini dapat memberikan pendedahan kepada seluruh warga sekolah tentang kemuliaan Ramadan selain mengeratkan silaturrahmi antara warga sekolah, agensi luar, komuniti setempat, di samping melahirkan murid yang mantap dalam aspek rohani, mental dan spiritual.

No comments:

Post a Comment

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-46/2026 ( 11 APRIL 2026 )

  Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan di sekolah sebagai medium perhubungan dan kerjasama antara piha...