Friday, April 17, 2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-46/2026 ( 11 APRIL 2026 )

 

Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan di sekolah sebagai medium perhubungan dan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa/ penjaga murid. Penubuhan PIBG adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menggalakkan penglibatan komuniti dalam usaha memperkukuhkan sistem pendidikan negara.

Demi merealisasikan tuntukan pendidikan yang semakin kompleks, penglibatan ibu bapa dan guru secara langsung dalam program pendidikan perlu digembeling secara terancang dan efisyen, Justeru itu, Mesyuarat Agung PIBG telah menjadi platform penting, yang wajib dilaksanakan saban tahun, selaras dengan Perlembagaan PIBG sekolah. Mesyuarat ini telah menjadi medium utama perbincangan antara pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu bapa untuk membincangkan hal-hal berkaitan kebajikan, kemajuan akademik dan sahsiah murid serta pembangunan sekolah secara menyeluruh demi merealisasikan kecemerlangan pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Semoga pelaksanaan MAT ini dapat mencapai kesepakatan dari para ibu bapa, guru-guru, warga SUBARU sekaligus membuahkan hasil yang diharapkan.









MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-46/2026 ( 11 APRIL 2026 )

  Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan di sekolah sebagai medium perhubungan dan kerjasama antara piha...