Bermula tahun 2023, kerajaan MADANI telah mula menyalurkan peruntukan bagi program gotong-royong di sekolah KPM. Kesinambungan dari inisiatif tersebut, kerajaan MADANI telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk program gotong-royong pada tahun ini. SK Sungai Baharu juga tidak ketinggalan menerima inisiatif peruntukan sebanyak RM1900 bagi tujuan di atas.
Tujuan gotong-royong ini diadakan ialah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidik dan mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat, komuniti, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membangunkan kemenjadian murid.
Justeru itu, diperingkat sekolah, program ini telah berjaya dilaksanakan pada hari Rabu; 16 Julai 2025 jam 2.30 petang bertempat di Pusat Sumber Tun Seri Lanang SK Sungai Baharu dengan penglibatan jawatankuasa PIBG bersama warga sekolah.
![]() |
| Jamuan ringan setelah selesai aktiviti gotong-royong |
![]() |
| Suasana gotong-royong di Pusat Sumber Tun Seri Lanang |
![]() |
| Barisan jawatankuasa PIBG bersama ibu bapa yang turut serta dalam GORO Madani |





No comments:
Post a Comment